Popular Posts

Tuesday, June 16, 2015

DAKWAH DAN TABLIGH ADALAH JALAN PENYELAMAT UMAT MELAYU KINI.

        TANGGISAN  ANAK BANGSA  DEK  AKIBAT                 
        TINDAKKAN CELARU AHLI POLITIK MELAYU
HASRAT KAUM PENJAJAH BARU


Bangsa ini sekali  lagi ditewaskan oleh pendatang asing. Kalau dulu tahun1500 oleh Portugis, kini oleh bangsa Cina dan India dari dua benua yang sememangnya padat penduduk.  Bangsa ini  yang pada masa dulu datang dibawa oleh Penjajah Inggeris, kini mempunyai kuasa memilih dan memerintah di bumi hak orang melayu SECARA RAKUS DAN PENTING DIRI.. Melayu terus layu dan di  MAMAH DAN DIRATAH .
Kenapa jadi begini ?
Jawapnya : Pemimpin melayu kini  buta mata hati dan tersalah bimbing umat melayu kepada jalan kejayaan dan kecemerlangan. Akibatnya Melayu berjuang dengan tanpa pertolongan Allah swt.                                                                       
KENAPA UMAT MELAYU  ISLAM   TIDAK DITOLONG?                                INI DIKERANA  AMALAN MEREKA TIDAK MEMENUHI  PIAWAI JANJI KEJAYAAN YANG DI TAWAR OLEH ALLAH SWT.

DAN APA YG DI JANJI OLEH ALLAH SWT?

Janji Allah swt terhadap orang islam.
                                                      
 Allah telah berjanji untuk menjadikan umat Islam lebih tinggi daripada orang bukan Islam. Ini telah tertera di dalam firman-Nya, ertinya:
 “ Dan Allah tidak akan menjadikan orang-orang kafir  berkuasa ke atas orang Islam” (an Nisa, 141)
Dan  dalam surah Ali Imran :
“Janganlah kamu menjadi lemah dan bersedih, sedangkan kamulah yang paling tinggi jika kamu beriman” (ayat 139)
Dan dalam surah Taubah, ayat 36, ertinya:
“sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.”
 Di dalam tafsir Syaukani: maksudnya dengan membantu mereka dan menetapkan mereka. Dan sesiapa yang Allah bersamanya adalah orang yang menang.  ms (571)


KONDISI SEBENAR UMAT MELAYU ISLAM SEKARANG.

Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah umat Islam dihina dan ditindas,  ( dibakar  hidup hidup seperti di Burma )  oleh orang bukan Islam di banyak tempat di dunia ini.  Ditanah Melayu, melayu jadi pecacai dan hamba pada kaum Cina yang kaya  raya.  Melayu tidak benci kaum Cina, hanya berbeza dari segi aqidah.Kaum Cina tidak jahat tapi gerakan anti-melayu seperti DAp itu adalah masaalahnya. Tidak semua yahudi itu jahat, tapi zionis itu yg anti-islam itu ada niat jahat.                                                                         Kenapa semua usaha jadi gagal?.                                                                            Ini kerana orang melayu dari akar umbi, naik kepada  orang Jabatan kerajaan, naik kepada ahli politik, semua satu hati TOLAK dan HINA  kerja kerja DAKWAH  illa  Allah swt.bb. Bila DAKWAH ditolak , maka TIADA nusrah pertolongan dari Kuasa ghaiibah Allah swt.


Soalnya sekarang di manakah bantuan Allah untuk umat Islam di seluruh dunia?   Di dalam surah Muhammad ayat 7, Allah berfirman, ertinya:

“Wahai orang-orang beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.”

Di dalam ayat di atas kita lihat syarat  asas untuk umat Islam mendapat nusrah (bantuan) Allah ialah beriman, bertaqwa dan membantu agama Allah.
IMAN yang dimaksudkan di dalam ayat ialah iman yang sebenarnya, ertinya umat Islam akan ditolong jika iman mereka telah mencapai tahap yang tinggi yang menjadikan mereka layak mencapai nusrah. 
KATA KATA MUNAFIK DARI MULUT ORANG ISLAM


MEMBANTU AGAMA ALLAH                                                                   Membantu agama Allah adalah syarat untuk mencapai nusrah daripada Allah, tapi apakah cara membantu agama Allah yang melayakkan umat Islam menerima nusrah dan bantuan Allah?

AYAT-AYAT AL QURAN MENGENAI MEMBANTU AGAMA ALLAH

Firman Allah, ertinya: “Wahai orang-orang beriman jadilah kamu pembantu-pembantu Allah, seperti mana berkata Isa ibnu Maryam kepada Hawariyyun: siapakah yang akan menolongku bersama Allah? Berkata Hawariyyun: kamilah penolong-penolong Allah; maka telah beriman sekumpulan daripada Bani Israil dan telah kufur satu kumpulan; maka Kami telah menguatkan orang-orang yang telah beriman ke atas musuh mereka, maka mereka telah menang.” (Saff, 14)
Firman-Nya lagi, ertinya:
“Wahai orang-orang beriman jika kamu tolong Allah nescaya Allah akan bantu kamu dan menetapkan tapak kami kamu.” (Muhammad, 7) 

Firman-Nya, dalam ayat 40 surah Hajj, ertinya:

“Dan sesungguhnya Allah akan membantu orang yang membantu-Nya.” 

APAKAH ERTI MEMBANTU AGAMA ALLAH?

Di dalam surah Saff ayat 14 yang dinyatakan di atas Allah telah memerintahkan umat Islam membantu agama Allah seperti yang telah dilakukan oleh Hawariyyun kepada Nabi Isa (alaihis salam).                                                         Ertinya Allah memerintahkan kita mengambil contoh daripada mereka dalam membantu agama Allah.

Allah swt memberitahu bagaimana nak bantu allah swt.Adakah hanya berpolitik kepartian dan menjatuhkan kerajaan yang memerintah, agar boleh kita jadi tuan dan kemudian rebut peluang untuk kumpul harta dan kuasa?
 Allah swt berfirman :
"
“Maka ketika Nabi Isa (alahissalam) merasakan bahawa mereka  (Kuffar Bani Israil) akan kekal dalam kekafiran, maka ia berkata siapakah yang akan menolongku kepada Allah?                                                                          Berkata Hawariyyun:  ” kamilah pembantu-pembantu agama Allah, kami beriman kepada Allah, maka bersaksilah bahawa kami adalah  muslim.       Wahai tuhan kami,  kami telah beriman dengan apa yang Kau turunkan (Injil), dan kami telah ikuti Rasul ini (Isa), dan tuliskanlah kami bersama orang-orang yang menyaksikan.                                                    
Firman Allah, ertinya:
“Wahai orang-orang beriman jadilah kamu pembantu-pembantu Allah, seperti mana berkata Isa ibnu Maryam  kepada Hawariyyun: siapakah yang akan menolongku bersama Allah?   Berkata Hawariyyun: kamilah penolong-penolong Allah;   maka telah beriman sekumpulan daripada Bani Israil dan telah kufur satu kumpulan; maka Kami telah menguatkan orang-orang yang telah beriman ke atas musuh mereka, maka mereka telah menang.” -  (Saff, 14)                                                                                     


Firman Allah dalam surah al Maidah, ayat 112, ertinya:
“(ingatlah wahai Muhammad) ketika Hawariyun berkata: wahai Isa bin Maryam, adakah mampu tuhan kita menurunkan kepada kita hidangan dari langit? 
Berkata Nabi Isa As : bertaqwalah kepada Allah jika kamu beriman.” 

 
SIAPAKAH HAWARIYYUN?


Disebut di dalam kitab-kitab tafsir  bahawa Kaum  Hawariyun adalah 12 orang lelaki pertama yang beriman dengan Nabi Isa (alaihis salam). Baginda telah mengutuskan mereka ke beberapa tempat antaranya ia ke Babil, Afrika, ke kampung Ashabul Kahfi,  Baitul Maqdis, Hijaz  dan Barbar. 

Kisah Hawariyun dalam surah Yaasin.   


Dinyatakan kisah Hawariyyun bersama Habib an Najjar, ertinya:
“dan wahai Muhammad  buatkanlah perumpamaan kepada mereka mengenai penduduk kampung itu (Antokiah),  ketika datang kepada mereka para utusan; (13) ketika Kami utuskan kepada mereka dua orang, lalu mereka mendustai, kemudian kami perkuatkan dengan yang ketiga, maka mereka berkata sesungguhnya kami diutuskan kepada kamu; (14) mereka berkata tidaklah kamu melainkan seperti  kami, dan tuhan yang rahman tidak menurunkan sesuatu pun, tidaklah kamu melainkan berdusta sahaja; (15)    (para utusan menjawab)   tuhan kami mengetahui bahwa kami adalah utusan kepada kamu; (16) tidak wajib kepada kami selain menyampaikan dengan jelas; (17) (penduduk Antokiah) berkata: kami mendapat malang kerana kamu; sekiranya kami tidak berhenti daripada dakwah ini kami akan rejam kamu dengan batu dan akan mengenai kamu azab yang pedih dari kami; (18) (Utusan) menjawab: nasib malang kamu adalah bersama kamu (sebab kekafiran kamu),  adakah selepas kamu didakwah dan diberi peringatan kamu masih bernasib malang?   Bahkan kamu kaum yang melampaui batas. (19)   Dan datanglah dari hujung kampung seorang lalaki ( Habibul Najah  ) dengan tergesa-gesa, ia berkata:  wahai kaumku ikutilah para utusan ini. (20) Ikutilah orang yang tidak meminta upah daripada kamu, sedangkan mereka mendapat hidayat. (21) Tidak ada yang menghalang daripada aku menyembah tuhan yang telah menciptaku, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan. (21)                                                     Ayat 26-27, surah Yasin dinyatakan (ertinya):
“dikatakan kepada Habib (ketika matinya) masuklah ke dalam syurga; berkata (Habib): wahai, kalaulah kaumku mengetahui pengampunan tuhanku untukku, dan bahawa Ia menjadikanku dalam golongan orang yang dimuliakan.”



MEMBANTU   ALLAH    SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH  HAWARIYUN   tafsir Ibnu Katheer  :   Allah Taala berfirman memerintahkan hamba-hamba-Nya menjadi penolong-penolong-Nya pada semua keadaan; dengan kata-kata, perbuatan, diri dan harta mereka. dan Ia memerintahkan mereka supaya menerima perintah Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana Hawariyun telah menerima kata-kata Nabi Isa ketika ia berkata kepada mereka   “siapakah pembantu-pembantu-Ku kepada Allah?”   ertinya: ialah siapakah yang akan menolongku untuk  BERDAKWAH  manusia  kepada  ALLAH?.
Dan kerana itulah Isa (alaihis salam) telah mengutuskan mereka sebagai pendakwah ke negeri Syam kepada bangsa Israil dan Yunanis

Seperti inilah juga bersabda Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya)   pada musim-musim haji  jahiliyah di Mina , sebelum hijrah ke Madinah, Nabi SAW menyeru rombongan haji agar  : “siapakah yang akan membantuku supaya aku dapat menyampaikan risalah tuhanku, kerana Qurasy telah menahanku daripada menyampaikan risalah:  ” Sehinga Allah menguatkan baginda dengan Aus dan Khazraj daripada Madinah, lalu mereka berbaiat dengan baginda dan berjanji akan mempertahankan baginda sekiranya berhijrah ke tempat mereka.  Dan ketika baginda berhijrah bersama sahabat-sahabatnya mereka telah menunaikan janji mereka tersebut, dan sebab itulah Allah telah menamakan mereka dengan nama   ANSAR.( PARA PEMBANTU).   Dan ia telah menjadi nama khas mereka. 

Jadi kesimpulannya maksud membantu agama Allah yang diperintahkan di dalam surah Saff ayat 14 ialah   ‘DAKWAH ILALLAH.’   Daripada ayat-ayat di atas disimpulkan bahawa dengan membantu agama Allah umat Islam akan mendapat:
Bantuan dari Allah                                                                                        . Keampunan dan masuk syurga  

SIAPA YANG MASA KINI YANG MEMBUAT KERJA DAKWAH SEBAGAI PENOLONG NABI SAW ?
 
USAHA HUDUD YG DITENTANG OLEH ADIL & DAP
DAKWAH TABLIGH PIMPINAN MAULANA ELYIAS RAH.

Dakwah yang sempurna dan menyeluruh sekarang ini hanya ada pada Jamaah Tabligh.                                                                                                      Dinilaikan sebagai “  lengkap dan menyeluruh “ kerana mereka melakukan dakwah setiap hari  (minimum : 2 ½ jam), dua kali setiap minggu jaulah (gasyt) pertama dan jaulah  kedua di kampong sendiri dan sekali di kampong jiranan ; 3 hari setiap bulan dikampong yang agak jauh sedikit,  40 hari setiap tahun  ke negeri negeri jiranan.dan lain-lain.  Mereka juga sering mengadakan ijtima’ pada tiap-tiap tahun. Contohnya Ijtima Sedunia di Tongi, Bangladesh. Dan juga kerana mereka melakukan dakwah tanpa sempadan, iaitu kepada seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada,  hatta kepada Orang Asli di hutan pun mereka akan pergi berdakwah. Maksud mereka ialah untuk mengembalikan umat islam kepada amalan Islam yang lengkap. Supaya umat Islam kembali melakukan semua perintah Allah, dan meninggal-kan segala larangan Allah SWT.

Dalam trend orang melayu meninggalkan solat berjemaah, ahli jemaah Tabligh lah yg sanggup tebalkan muka mengajak ke masjid. Orang PAS dan Tarikat merasa " tak suci" pergi berjemaah bersama orang ramai yang tidak saaliran dengan fikrah mereka.

Kini ahli solat berjemaah diseluruh dunia telah meningkat dan kerja kerja dakwah telah hidup di seluruh ceruk dunia. Ikat ukhwah Islamiah pun telah terbina.