Popular Posts

Thursday, April 30, 2015

PEJUANG PEJUANG DI CELAH CELAH KELANGKANG PENJAJAHAN.

               PENJAJAHAN BARAT dari segi fisikal dan ideoligi  masih berlaku di Tanah Bumi Melayu Nusantara.

SANJUNGAN  SONGSANG TERHADAP  PAHLAWAN NEGARA    YANG HAKIKI.

Melihat MANIPULASI LICIK  terhadap  politik masyarakat Islam sedunia, meneliti  punca unsur penindasan yang membawa  kelemahan juseru kebinasaan  dan  memerhati fenomena longgarnya pegangan umat melayu terhadap syariat agama Islam, menuntut kita menelusuri sejarah asal usul kita
TOK JANGGUT DIGANTUNG DAN DI CAP PEMBERONTAK
Melihat foto jenazah Tok Janggut, Tok Bahaman dan lain-lain membuatkan hati amat tersentuh. Tidak terfikir bagaimana Inggeris si Penjajah durjana boleh diterima masuk dan bertapak di tanah air ini ketika berlaku 'vacuum of power' setelah Jepun meninggalkan kita. Alangkah baiknya jika kita teruskan memerintah negara DAN tolak sahaja kehadiran mereka.
Tidak terfikir sama sekali bagaimana  ada  anak bangsa  boleh   bermuka-muka dengan musuh negara sehingga sanggup menjadi balaci membunuh penjuang bangsa sendiri dan menghina jenazahnya sedemikian rupa. Hairan bagaimana bangsa yang merempat kenegara ini sebagai  sepoi sepoi Inggeris, diterima sebagai warganegara ?
Sama sahaja bentuk peristiwanya baik di Malaysia mahupun di Indonesia.

Sedikit demi sedikit kisah sebenar hilang dari lakaran sejarah. Akhirnya generasi ini terkeliru siapa sebenarnya pejuang sebenar yang harus dijulang dan disanjung namanya. Siapa pula pengkhianat negara yang menyebabkan kita terJAJAH   dan  TERHAMBA  sejak dulu,  kini dan  mudah mudahan tidak sehingga  selama-lamanya..?

Kenapa jadi begitu. Lemah sangat kah Melayu waktu itu dan kini  atau jiwa kita sememangnya bacul dan kecil,

Kita selaku waris pejuang yang teraniaya, juga waris pengkhianat yang mendapat nama dan laba dunia ini harus berhenti sejenak dari larian obor dan sengketa mengejar kuasa dan laba. Kita harus segera bangun dari lena demi kesejahteraan anak cucu kita.

Tidak untuk menyalahkan sesiapa atas segala keterlanjuran yang begitu banyak telah dilakukan sekian lama. Yang pasti, buruan kekayaan dan kuasa yang bersandarkan kekuatan semangat dan kebijaksanaan peribadi semata-mata tidak akan membawa kejayaan buat kita selagi tidak bertunjangkan kekuatan kefahaman, akidah dan disiplin beragama.



Pengorbanan yang membuahkan kejayaan Rasulullah SAW dan para sahabat membangun ummah dan agama ini adalah sumbangan kasih  mereka untuk kita . Sedikit sebanyak kejayaan yang kita  'sempat'  kecapi sekarang ini juga atas jasa sebahagian jasa dari orang tua kita.
Demikian juga kejatuhan agama, negara dan ummat ini akibat dari kelalaian serta kesilapan ulamak dan umarak sebelum kita.  Akibatnya ramai nenek moyang kita yang berjaya diperkotak-katikkan oleh musuh agama dan negara, sehingga tergamak melakukan pengkhianatan terhadap saudara, agama dan negara sendiri.

Kita tidak boleh mendabik dada dengan kejayaan orang terdahulu jika kita sendiri hanya duduk dan bercakap sahaja tidak mengusahakan suatu apa. Kita juga tidak perlu menyalahkan diri sendiri dengan kelalaian dan pengkhianatan nenek moyang kita. Yang penting apa usaha kita untuk membangunkannya semula?
 
QS: 2. Al Baqarah 141.
 Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.

Kini, Bumi ini tidak lagi dimiliki oleh anak cucu Melayu. Hakikat ini harus ditelan pahit.
Penjajahan  oleh klon British . Bangsa yang kini berjaya menjerma sebagai warga baru tanah Malayu. Kaum yang rakus tidak pernah cukup. bangsa yang sentiasa terhambat dan terseksa berada di bawah pemerintah segelintir kaum melayu yang korap dan berpoya poya.



Ayuh bersatulah semua. Hentikanlah pengkhianatan terhadap tanah air tercinta ini, samada pengkhianatan dalam apa jua bentuk.
Ingatlah kaedah licik penaklukan Palastine oleh Israel yang membeli tanah-tanah mereka sedikit demi sedikit.     Akhirnya secara perundangan mereka sudah mula ada kuasa dan tidak boleh diusir begitu sahaja.
Mahu disalahkan siapa jika nanti tanah-tanah ini juga dapat dibeli dan dikuasai oleh orang asing yang kaya raya?
 Jika nanti kuasa memerintah 'sementara' ini pun terlepas semula ke tangan mereka dan anak cucu kita tertindas di mana mana?

Mari sama-sama bermuhasabah diri. Selamatkanlah negara, agama dan umat ini dari kehancuran yang tidak terperi.

Wednesday, April 29, 2015

SULU - SULUK DAN IMPIAN DAULAH NYA.

kapal Navy TLDM  terpaksa berkerja keras demi pertahankan Bumi Sabah.

SULU - IMPIAN DAULAH NYA.

HUBUNGAN PENGUASA LAUT SULU DENGAN PENGUASA LAUT PHOENICIA DI LAUT MEDITERRANEAN YANG TIDAK PERNAH DIRUNGKAI

Tahukah anda? Bahawa Raja Burung dari segala burung bagi Tausug di kepulauan Sulu ialah    AYAM JANTAN   yang hidup secara liar , yang dipanggil MANUK LABUYU  ?

Dalam bahasa Melayu yg menjadi bahasa utama di Nusantara Barat menyebut RAJA BURUNG ini dengan sebutan AYAM.  Ayam kemungkinan besar bukanlah  sebutan Nusantara, ia adalah sebutan yg dipinjam dari Farsi (Aryan) kemudiannya. Kemungkinan sebutan MANUK itu adalah sebutan Melayu yg asal sebelum mereka meminjam dari bahasa Farsi menjadikannya AYAM. Kerana hampir semua suku kaum Asli kepulauan Nusantara menyebut   MANUK untuk panggilan AYAM.
AYAM - MANUK


TRADISI TAUSUG

Menurut beberapa tradisi India dan tradisi Mesir Purba dan kemudian sampai kepada Bani Israel bahawa BURUNG SYURGA itu berasal dari Timur yg turun dari langit bersama Adam a.s.   Semua jenis haiwan dalam dunia hari ini samada memang dijadikan di bumi atau yang diturunkan dari langit yakni Syurga.

Dalam tradisi Tausug di Sulu menyatakan bahawa lambang Tausug yg paling utama ialah MANUK (Ayam jantan) yang mempunyai hubungan dengan SYURGA di langit.     Matahari adalah jam (penentu waktu) bagi siang manakala MANUK adalah jam bagi malam.

Dengan hanya kokokan ayam di waktu malam, Tausug dapat mengenal waktu samada ia jam 12 malam, jam 3 pagi atau telah masuk waktu Subuh berdasarkan kiraan kekerapan ia berkokok. Kokokan ayam jantan di malam hari di dunia ini adalah juga kokokan ayam jantan di Syurga.  Bila ayam jantan di Syurga berkokok maka ia akan di sahut oleh ayam jantan di bumi pada malam itu.

Selepas MANUK (Ayam Jantan), Tausug menyebut burung lainnya dengan kata ganda MANUK-MANUK bermaksud BURUNG, atas keyakinan bahawa samada manuk dan manuk-manuk adalah datang dari syurga jua adanya. Ini termasuklah burung MALAKH (Melayu: Merak). Malakh dalam bahasa Sulu bermaksud Cantik bak bidadari syurga. Sama dengan sebutan Hebrew menyebutnya Malakh.

Bila Tausug menyebut MANUK-MANUK itu bermakna bukan AYAM tapi Burung. Contohnya Burung Pipit disebut Manuk-manuk PAWPIT.

Oleh kerana tradisi ini, Tausug menjadikan lambang kepala AYAM JANTAN sebagai motif kepada senjata utama mereka sebagai status  KEBANGSAWANAN.   Maka terciptalah KALIS SUNDANG dan Parang BARUNG Tausug yg terkenal itu.



BUDAYA MANUK   DIADAPTASI  MENJADI  BUDAYA   PERANG

Dalam tradisi China menyebut bahawa bangsa MANUK ini adalah bangsa kepulauan di Selatan yang mereka sebut sebagai BANGSA YI. Bangsa YI ini orang China purba kenal sebagai bangsa ganas di laut yang suka merompak namun adalah pedagang yang baik. Bangsa Yi juga dikatakan sangat handal mengira dan membina kapal layar laju. Dan mereka (China) bersetuju bahawa bangsa NAGA (China) dan bangsa YI (Manuk) adalah bersaudara pada awalnya. Mereka anggap bangsa Manuk sebagai adik atau BETINA. Sedang NAGA adalah Jantan atau abang tua.

Oleh kerana mereka sering menyerang para kapal-kapal dagang di laut dan sering menyerang penempatan-penempatan pesisir di seluruh Asia Tenggara dan mengangkut segala hasilnya sebagai  GHANIMAH  ke kepulauan Sulu . Seolah-olah seperti burung helang besar mengerikan yan g menyerang hendap mangsa, meragut dengan tiba-tiba dan membawanya ke sarang yg tidak diketahui. Kemungkinan dari sinilah imej GARUDA itu muncul. Bangsa ini dilambangkan sebagai bangsa pemusnah yang datang dari arah laut mengikut angin monsun secara berkala.  Hilang secepat kilat setelah memusnahkan musuh atau pesaing mereka.


DATANG KE EROPAH

Mereka datang ke eropah sebelum era Daud a.s. membawa tulisan dan imej BURUNG SYURGA. Mereka membawa emas perak gangsa timah tembaga, rempah ratus dan kapur barus dari Timur dan mereka mengekalkan identiti dengan nama MANUK.   Mesir Purba medapat peluang lebih awal berhubung dengan bangsa MANUK ini sebagaimana yang disebut oleh catatan sejarah. Pelat Mesir purba menyebut MANUK dengan BENNU' @ Bennuk. Dan Mesir mula belajar teknologi Timur dari Bangsa Manuk ini dan mula belajar dengan keyakinan bahawa bangsa MANUK ini adalah bangsa hebat yg datang dari MATAHARI TERBIT.

Kemungkinan disebabkan oleh kesesatan (selepas era Banjir BESAR NUH a.s.) yang menjadikan manusia mula menyembah MATAHARI TERBIT (yang pada awalnya hanya mengagungkan sebelah TIMUR tempat terbitnya matahari sekarang sudah menjadi MATAHARI  pula  yang disembah. Muncullah ajaran MENYEMBAH MATAHARI dari generasi tersesat kemudiannya sehingga mempengaruhi Mesir PURBA sehingga ke zaman SULAIMAN a.s..

Putari dari seorang DATU @ RATU yang dinamakan BALQIS itu pun dikenal sebagai penyembah matahari yg dikatakan datang dari kerajaan SABA' di YAMAN. Ahli sejarah masih berselisih samada puteri ini betul dari Yaman atau YAMAN itu hanyalah tempat persinggahan satu kerajaan Besar di Sebelah Timur Bumi tempat terbitnya matahari.

Ketika itu BANGSA DARI TIMUR ini sangat AGUNG kerana dikatakan punya peradaban termaju hinggakan imej-imej Burung Syurga dan Matahari menjadi IDOLA bagi bangsa Eripah sehingga ke Benua Amerika. Setelah kemajuan Mesir Purba maka Eropah bermula dari Yunani sehingga ke Rome mula mendapat kemajuan hasil dari teknology TIMUR bangsa MANUK ini. Bangsa Eropah menyebut mereka dengan nama PUNIC, pelat mereka bagi menyebut MANUK. Bangsa Eropah mula belajar mengira dan menulis dari bangsa MANUK ini.   Maka tulisan ABC dan abjad-abjad serta nombor-nombor latin pun bermula.

Ketika terhentinya zaman kenabian dari Bani Israel yakni selepas kewafatan Nabi Sulaiman a.s., hubungan bangsa MANUK dari Timur dengan Mediterranean terputus agaknya, disebabkan perang saudara sesama bani Israel dan kemudian diserang pula oleh bangsa Assyiria dari Iraq. Walaupun begitu Bangsa MANUK ini seringkali cuba masuk melalui laut atlantik  bukan sebagai pedagang semata-mata tapi sebagai perompak laut untuk memberikan pukulan kepada Bangsa Ssyiria.   Kerana mungkin menyedari saudara-saudaranya dari kalangan 13 kaum Bani Israel mula diserang dan dijadikan hamba oleh Assyiria, malah menyebut nama ELOH (ALLAH) pun sudah dihalang.


MUNCULNYA NAMA ATLANTIS DAN PELARIAN 10 KAUM ISRAEL KE TIMUR

Bangsa MANUK ini akhirnya berjaya selamatkan majoriti suku-suku Bani Israel dan dapat larikan mereka dengan kapal layar Canggih MANUK keluar dari laut Mediterranean ke laut Atlantik menuju ke TIMUR. Tahun pelarian yg diselamatkan oleh bangsa MANUK ini disebut oleh sejarahwan Barat pada 600 tahun sebelum masihi. Seorang Nabi dikatakan sertai mereka (Nabi Jeremiah a.s.) dan beberapa DOTE (DATU: ini mungkin dari anak-anak Sulaiman a.s. dengan Ratu Balqis munculnya nama-nama Datu, kerana nama DATU ini bukan sebutan yg datang dari bahasa HEBREW tapi datang dari Timur). Antara pelarian Israel yg berjaya sampai ke Sulu dan Sulu Utara (Luzon-Visaya: Samar-Layte) ialah dari kaum Nabi Yusuf a.s. Manakala 9 kaum yang lain menetap di tanah Melayu dan Sumatra selainnya sampai ke Champa.

Keganasan LAUT BANGSA MANUK ini semakin bertali arus, mungkin, menjadikan mereka ini dianggap sebagai bangsa ganas yg datang dari arah LAUT ATLANTIK oleh para ilmuan YUNANI. Hinggakan PLATO sendiri menyebut buat pertama kalinya dalam catatan beliau bahawa BANGSA GANAS ini datang dari sebuat pulau termaju di laut ATLANTIK. Maka muncullah nama ATLANTIS buat pertama kalinya dalam sejarah. Kemunculan nama ini diperkirakan seiring dengan penyebutan Plato yakni sebelum Raja Agung Macedonia Alexander the Great menjadi pemerintah AGUNG.

Keterputusan zaman kenabian Bani Israel kerana telah menjadi pelarian ke Timur maka Allah swt memunculkan ahli HIKMAH dari kalangan ILMUAN YUNANI. Menurut analisis sejarahwan Islam bahawa disinilah muncul LUQMANUL HAKIM (Socrates) DAN ISKANDAR ZULKARNAIN (Alexander the great). Mereka ini tidak disebut sebagai NABI atau Rasul dalam Al-Quran kerana mereka bukan dari kalangan Bani Israel. Demikian juga muncullnya BUDDHA seiring dengan kemunculan Socrates-Plato-Alexander the Great. Menurut sejarahwan Islam kemungkinan BUDDHA adalah NABI ZULKIFLY. Hal ini ada kemungkinan kerana keluarga Bani Israel dari Suku DAN dan lainnya menduduki Pergunungan Iran sehingga pergunungan Himalaya. Sebab itu ajaran Buddha sangat mirip dengan ajaran Bani Israel jauh dari budaya sembahan patung Hindu.

Petikkan dari karangan saudara Ibnu Elaji Al-Bana'e

 — with Jul 

IMAM MALIK TIDAK MEMAKAI HADITH SHAHIH BUKHARI DAN MUSLIM ?



                KENAPA PARA IMAM MAZHAB SEPERTI IMAM MALIK TIDAK MEMAKAI HADITH DARI  SHAHIH BUKHARI DAN MUSLIM 

( YANG MERUPAKAN DUA  BUAH KITAB TERSAHIH ) ?

Untuk tahu jawabannya, kita harus faham sejarah. dan biografi tokoh2 tersebut..

Imam Malik lahir tahun 93 Hijriyah. Sementara Imam Bukhari lahir tahun 196 H dan Imam Muslim lahir tahun 204 H. Artinya Imam Malik sudah ada 103 tahun sebelum Imam Bukhari lahir. 

Apakah hadits para Imam Mazhab lebih lemah dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim?

Tidak demikian bahkan sebaliknya. Hujah hadih mereka lebih kuat karena mereka lebih awal lahir daripada Imam Hadits tsb.

Rasulullah SAW bersabda,

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku (Sahabat), kemudian yang sesudahnya (Tabi’in), kemudian yang sesudahnya (Tabi’ut Tabi’in).”
[HR. Al-Bukhari no. 2652 dan Muslim no. 2533 ]