Popular Posts

Saturday, August 18, 2012

RESIPI RAYA - NASI BUKHARI JOHOR dan NASI EMPET JAWA.

UNTUK SEMUA MAAF ZAHIR BATIN 
                           
                 
                            "   SELAMAT HARI RAYA  AI'DIL FITRI " 
                            " DUIT RAYA TAKDAK...TAPI DIGANTI DENGAN RESIPI
              RAYA ADA UNTUK SEMUA KONGSI BERSAMA ."
    
  19hb.Ogos 2012.  bersamaan dengan 1hb. syawal, 1432 bermakna   berakhirlah tawaran hari hari  yang penuh rahmah, keampunan dan pelepasaan dari api neraka. Sesiapa yang sudah berusaha dengan giat, mudah mudah di terima oleh Allah swt. Bagi sesiapa yang terleka dan lambat sedar, jangan putus asa, tahun hadapan mudah mudah  diberi kesempatan untuk berusaha lagi .
      Maka, ramailah yang akan sibuk dengan persiapan raya, yang sudah menjadi satu kemeriahan yang luar biasa di Tanah Air  Melayu ini. Dodol,dan ketupat mendahului dalam  carta ' paling top' sekali dan diikuti  dengan lemang, rendang, sambal kacang dan kuih muih....
      
        Dalam suasana raya ini, aku terpanggil untuk  menambahkan lagi kegilaan adat orang melayu beraya.  Maka aku kongsi resipi nasi empit, yang di sediakan secara orang kampong dulu dulu dalam tahun 60 an. Dan aku  nak kongsi  nasi bukhari,  yang telah aku pilih dari buku catatan aku semasa belajar ' kursus catering' masa dulu dulu.
Harap harap , ada manafaat untuk setengah tehgah orang yang nak mencubanya.

                NASI EMPIT .

 ( Nasi Empet   ini dah tidak dibuat oleh orang muda sekarang. Masa aku kecil kecil dulu, setiap tahun , aku dapat melihat ibu membuat nasi empat dengan dibalut dengan kain putih, yang selalunya kain napkin dan dihimpit semalaman dengan papan batu giling.)

 CARA CARAnya: 

    a. Pilih jenis beras yang baik, kemudian dikosik hingga bersih. Beras di masukkan kedalam periuk lalu di isi air sebanyak 5 kali ganda beras. Sukatannya jika beras 1kg, airnya hendaklah 4.5 atau 5 kg. Didihkan hingga hancur Semasa merebus. nasi hendaklah selalu di kacau dan api hendaklah perlahan saja. Apabila dah cukup pekat, kecilkan api dan biarkan hingga cukup kental sekira kira  boleh di kepal  kepal barulah diangkat dan di lecik dengan senduk sehingga nampak sebati. Sejukkan dulu.

   b.  Setelah sejuk, letakkan nasi di atas kain yang jarang warna putih, berukuran anggaran 1 ela,  dibungkus kemas kemas dan digelek nasi itu menjadi seperti bantal, lalu dilipat hujung dan pangkal kainnya.  Kemudian di letak didalam besin atau papan, lalu ditindih dengan  batu giling atau apa apa benda yang berat selama 10 atau 12 jam.

   c. Potonglah nasi itu dengan pisau yang tajam sebesar yang dikehendaki.

 ***
1. Nasi Empit ini sedap dimakan dengan sambal tumis kacang atau dijadikan ganti ketupat, dimakan dengan soto atau sayur lodeh atau sambal satay.
 2. Satu  mangkuk lodeh dengan  7, 8 ketul nasi empit dan satu camca teh sambal kacang dan satu  camca sambal kelapa.

NASI EMPIT YG PERLU DITINDIH DGN BATU GILING
                     NASI BUKHARI AYAM
                     MASAKAN JOHOR.

  Bahan bahannya:

  Bahan 1 : 
  1. Ayam betina                            1 ekor berat 1 kg+
  2. Beras buryani/ basmathi        700gm
  3. Mentega yang baik.

  4. Buah tomato yang masak     6 biji / setengah tin tomato.
  5.Susu cair                                  1 tin
  6.Air mawar                                 1botol kecil

  7. Garam                                      secukup rasa
  8. serbuk perasa                         Jika perlu dan halal.

  Bahan 2 :
  Perlu dimayang / 'blendered'..

  1. Halia sebesar ibu jari                        5 cm dihiris hiris .
  2. Bawang besar                                    1  biji  di mayang
  3. bawang merah                                    6 biji  di mayang
  4.bawang putih                                        6 biji dimayang

 Bahan 3 :

  1.Daun ketumbar                                    1 ikat
  2.cengkih                                                  6 biji
  3.Pelaga                                                   8 biji
  4.Kulit kayu manis                                   7 cm
  5. Serbuk lada putih                               0.5 sudu teh

Cara memasaknya.

1.  Ayam sesudah dibasuh dan dibersihkan hendaklah dibelah 4.

2.  Bahan 2 hendaklah dibungkus dengan kain jarang ( macam yg dilakukan pada sup punjut )
      bersama  Bahan 3 .

3.   Kemudian, masukkan ayam bersama bahan 2 dan bahan3 kedalam periuk dan dituang 
      air sebanyak 1 kg. Masukkan garam dan serbuk lada putih.

 4. Masukkan air tomato, susu cair, serbuk perasa dan air mawar dalam rebusan ayam tadi sehingga air itu medidih. Setelah ayam itu empuk, baru diangkat. Air rebusan hendaklah ditapis dan di simpan dulu dalam mangkuk asing.

5. Selepas itu,  jerang semula periukitu dengan  2 camca besar minyak sapi asli dan panaskan hingga pijar. Masukkan baki bawang besar yang sudah dimayang dan dikacau hingga warna kuning . Masukkan 400gm mentega dan kacau kacau hingga rata.

6.Masukkan air rebusan ayam bersama dengan susu cair dan tambah air sejuk sehingga cukup 700gm. Masaklah hingga mendidih, kemudian masukkan daun saldri dan beras.
 Kacau perlahan lahan sehingga hampir kering. Kemudian karih rata rata dan tutup rapat rapat. Jika pakai kayu, guna hanya bara api. Dan jika anda guna api gas, kecilkan api dan jika hendak 'selamat' dari jadi kerak dan hangus, anda dinasihat, supaya gunakan alas tin/ aluminum. 

7. Ayam yang direbus itu hendaklah digoreng semula  sampai kuning .dengan mengunakan baki mentega dan ditambah dengan minyak sapi. Ayam kemudian di siat siat hakus hakus. Baki minyak diguna untuk goreng telur dadar dan dimayang halus halus.

9. Akhirnya semasa menyenduk nas dalam pingan, taburkan diatasnya dengan ayam dan telur dadar tersebut.

Hidangkan nasi bukhari dengan lauk yang lain seperti dalca, acar limau dan semur kambing.

Selamat mencuba. 


Gambar hiasan- contoh.
Pastinya menjilat jari jemari......


            

Sunday, August 5, 2012

NUZUL AL-QURAN UL KARIM & MALAM LAILATUL QADR.


AL-QURAN SUMBER HIDAYAH


NUZUL AL – QURAN.


Kalam Allah adalah bersifat Qodim.  Al-Quran adalah perkataan  Allah SWT.
Maka Ianya adalah qodim. Ianya adalah kalam perintah yang mana dengan titahNya tercipta alam maya ini. Iradah Nya  berserta  kudratNya terlaksana hanya dengan perintah “ kun” maka terciptalah . Kau dan aku tercipta atas kalam qodim ini. Kalam Qodim yang tertulis di Luh Mahfuz, sebuah papan tulis yang terpelihara rapi. kemudian di’nuzul;kan ke Baitul Izzah, sebuah rumah yang penuh kemuliaan, di langit dunia. Terpelihara dengan rapi dari sebarang pencerobohan, sambil menanti untuk di’nuzul’kan secara beransur ansur ke papan hati murni seorang Rasullullah yang Agong, Muhammad sallahu alaihi wasalam.

PERISTIWA NUZUL.


Perintah awal " IQRA' " .
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke- 40 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.  Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Nuzul Al-Quran ada kaitan yang amat rapat dengan  Lailatul Qadr. Ianya adalah peristiwa yang mulia.Lailatul Qadr merupakan lagi satu hadiah Allah SWT kepada kita. Didalamnya adalah ganjaran 1000 bulan. Berlaku setiap tahun, dibulan Ramadhan.   Al-Quran juga adalah mukjizat terbesar Nabi SAW  dan  Ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Allah swt berfirman :

“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”  - (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu riwayat dari Ali bin Aurah R.A.,  surah ini telah diturunkan, berdasarkan, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka adalah Nabi Allah  Ayub A.S, Hadrat Zakaria A.S, Hadrat Hizqil A.S dan Hadrat Yusha’ A.S.  Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril A.S  datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril A.S. pun membaca surah al-Qadar dan Jibril A.S. berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan Kurniaan menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira


Al-Quran adalah senjata yang kuat untuk para dai dai Allah swt.  Al-Quran adalah mukjizat Agong. Al-Quran dapat mematahkan keyakinan  manusia yang terasuk dengan kehebatan sihir  kecanggihan teknologi. Dengan berbekalkan Iman dan Amal terhadap isi kandungan Al-Quran, ia dapat mengalahkan nya.  Keyakinan  Iman berserta amal  akan dapat Nusratullah. Nusratullah adalah penzahiran kudrat Allah secara 'direct ' ( langsung ), maka tiada  ada sesuatu kekuatan pun yang dapat mengalahkannya.

Malangnya, keyakinan atas hal ini sudah lama sirna dari hati hati kaum muslimim. Hal ini disebabkan lemahnya usaha untuk memperbaiki iman dan amal solih. Sehingga taraf iman dan amal solih kita, kian hari kian merosot, manakala ilmu keduniaan dan teknologi kebendaan   meningkat cepat dari hari ke hari kerana usaha yang bersungguhan dlakukan. Sebenarnya Iman dan amalan solih  ada kehebatannya jika terwujud dalam diri maknusia. Mukjizat Nabi saw  adalah model yang menyakinkan terhadap perkara ini.
AL-QURAN ADALAH KALAM QODIM

Malaikat berkerumun turun mendengar bacaan Al-Quran.  Diriwayatkan dalam kisah para sahabat Rasulullah saw,   Hadrat Abu Sa'id khudri R.A     meriwayatkan bahawa " pada suatu malam Hadrat Usaid bin Hudair R.A. sedang membaca al- Quran dikandang kudanya,tiba tiba kuda betinanya berlompat lompat. Beliau terus membaca lagi dan kudanya berlompat lompat lagi. Semakin beliau membaca, kuda tersebut semakin melompat dan berpusing .Hadrat Usaid R.A berkata bahawa saya bimbang kuda betina saya akan memijak anak saya Yahya, yang ada disitu. Lantas saya pergi berdiri berhampiran dengan kuda tersebut, lalu saya ternampak sesuatu seumpama awan putih   berada dibahagian atas kepala saya,  terdapat benda bercahaya didalamnya seperti pelita.  Benda bercahaya kemudian naik keatas lalu menghilang . Keesokan harinya, beliau pergi memberitahu hal tersebut kepada Rasulullah saw. Diringkas cerita,  Baginda bersabda : ' Itu ialah para malaikat yang datang untuk mendengar bacaanmu.Jika engkau membaca sehingga ke pagi maka orang ramai akan dapat melihatnya.Para malaikat itu tidak akan menyembunyikan diri daripada mereka "               ( Riwayat ini disalin secara ringkas, sila rujuk pada matan sebenar.)   


  Rasulullah saw bersabda:  Sesaorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.  Sahabat Nabi saw, Hadrat Abu Hurairah R.A. berkata : " Rumah rumah yang hidup dengan amalan pembacaan al-quran maka ahli rumah itu akan bertambah ramai, dipenuhi dengan kebaikan dan rahmat, para malaikat akan turun ke dalam rumah itu dan syaithan akan meninggalkan rumah itu. Manakala sebaliknya, rumah rumah yang al-quran tidak dibaca didalamnya, kehidupan ahli rumah akan menjadi sempit dan hilang keberkatan, para malaikat meninggalkan rumah itu dan syaithan akan masuki berdiam dirumah itu.


Tuntutan Al-Quran adalah Ia perlu dibaca dan dikhatamkan sebanyak sekurang kurangnya 2 kali dalam setahun.    Hadrat Imam As Shafie Rah membaca dan mengkhatamkan dua kali dalam satu hari dibulan ramadhan.Sekali diwaktu siang dan sekali diwaktu malam. Anda jangan pertikaikan keupayaan ini kerana ini semua termasuk dalan hal ehwal keramah dan keberkatan.  Adalah menjadi sunnah di bulan ramadhan untuk menbaca seluruh al-Quran di dalan solah Tarawih dan makmum mendengarnya. Diakhir malam hari raya Aidul fitri, dikhatamkan seluruh al-Quran dalan satu malam. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana berkesempatan melakukan nya di Masjid Banglawali di Basti Nizamudin, New Delhi dulu, bersama sama empat imam al-hafiz , 4 beradik,  anak kepada maulana yang sangat Alim lagi warak iaitu hadrat Maulana Ubaidullah Rah.   Semoga kita di Malaysia pun akan wujud pencinta Al-Quran yang warak dan alim, insyallah. Amin.