صِبْغَةَ الله , وَ مَنْ أحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً , وَ نَحْنُ لَهُ عاَبِدُوْنَ
الصَّوْمُ ليِ وَ اَنَا اَجْزِى بِهِ
“
Puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya “
SEBULAN yang lepas,bulan Rejab, kita bangun tidor, solah subuh, sarapan dan pergi kerja. Bulan hadapan, dalam bulan syawal, kita bangun tidor, solah, sarapan dan pergi kerja. Semua aktiviti kehidupan, kita menjalani secara tetap dalam rutin kehidupan, berulang ulang hingga malaikat maut datang menjemput kita untuk kembali. Hari ini dalam bulan Ramadhan ini, sedarkah kita, hari hari yang kita bangun adalah hari yang tidak sama dengan hari hari sebelum ini atau selepas bulan ini ?
Tuhan yang memiliki kuasa mutlak yang mencipta hari hari. Kepunyaan DIA lah semua masa .Sebagai keagungan Dirinya, Dia bersumpah dengan masa : " Demi Masa..." Dan di tangan nya lah segala kebaikkan. Dia, Allah SWT menberitahu kita dengan tepat :
بِيَدِكَ الْخَيْرُ
Maka , dijadikan setiap saat hembusan masa didalam bulan ramadhan ini tersangat berharga serta bermutu tinggi. Bulan lepas, kita solah subuh dan bulan depan kita tetap solah subuh, tapi nilainya tidak akan sama. Sekarang, dalam Ramadhan, solah subuh kita senilai dengan 70 nilaian fardhu di bulan bulan lain, manakala amalan sunat, diganjari dengan nilaian fardhu. Bukankah ini satu kelaianan ?
SAYYIDINA
Abdullah bin Umar ra berkata bahawa saya
bersama jemaah sepuluh orang telah datang berjumpa Nabi saw . Seorang sahabat
Ansar telah bangun lalu bertanya, “ Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang bijak
dan paling teliti kerjanya.?. Baginda saw bersabda. “ Sesaorang yang paling
banyak mengingati maut, dan yang paling banyak membuat persediaan untuk maut
sebelum datangnya maut.( orang yang melakukan yang demikian ) adalah orang yang
bijak. Mereka inilah orang orang yang telah mendapat kemuliaan dunia dan
ketinggian akhirat .” ( Tobarani : Majma’ uz Zawaid )
RAMADHAN AL-MUBARAK akan bergerak terus. Sama ada manusia
mengambil manafaatnya atau tidak, yang pastinya ‘ia’ telah datang membawa detik detik masa, saat ke saat yang penuh sarat dengan
keberkatan, keampunan dan akan mengakhiri nya dengan ‘pelepasan‘ dari ancaman
api neraka. Beruntunglah bagi sesiapa saja yang berusaha sepenuh tenaga untuk
mendapatkannya. Satu usaha yang pasti memberi pulangan yang teramat lumayan.Bak
kata orang “ Usaha yang berbaloi “
Nabi
Muhammad sallahu alai wa salam tidak pernah melekakan tumpuan umat diatas
perkara yang besar ini. Di kumpulnya para sahabat diakhir syaban, lalu di
nasihati mereka tentang kedatangan ramadhan.
Sebenarnya
Allah subhanahuwataala membentuk umat ini dengan acuan nya.Di berikannya
Ramadhan agar umat dapat di bentuk kearah taqwa.
Allah
swt berfirman :
Wahai orang-orang yang
beriman! Kamu telah diwajibkan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ( Baqarah 183 )
DarjahTaqwa
adalah darjah tertinggi yang dijadikan sebagai matlamat setiap kaum muslimin
sekaliannya. Walaupun, matlamat ini agak sukar, tetapi hasilnya sungguh
berbaloi. Cuba
lihat apa yang dijanjikan dengan bersifat Taqwa :
Dijanjikan
dengan syurga .
- 1. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman syurga Yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.( Al –Qalam. 34 )
- 2.Dapat keampunan dari Tuhan." Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;" (Ali Imran 133 )
- 3.DiCurahi dengan petunjuk-al Hidayah.
" 1. Alif, Laam, Miim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"( Baqarah 1-2 )
4. Dapat pertolongan ghaib daripada Allah swt ." Dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),"" Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. " ( At-talaq 2-3 )Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya, bahawa ada tiga katogeri amalan berpuasa dikalangan manusia.Pertama: Puasa orang Awam.Kedua : Puasa orang khusus danKetigan: Puasa orang khusus atas khusus.Ketiga tiga taraf puasa adalah mengikut sifat mujahadah seseorang yang berpuasa. Taraf pertama: Dia yang berpuasa yang hanya memfokuskan tenaga untuk menahan diri daripada makan, minum dan tuntutan syahawat seks. Taraf kedua. seorang yang berpuasa yang mana disamping menahan dari makan dan minum, dia juga mengawal tujuh anggota badannya dari maksiat yang ditegah, seumpama jaga mulut dari berbohong, mengumpat dan fitnah, mata dari melihat perkara haram atau perkara lagha telinga dari mendengar umpatan dan seterusnya diusahakan pada, tangan , kaki dan kemaluannya. Manakala orang taraf ketiga ini, dia berpuasa sepanjang waktu, agar hatinya tidak sedetik pun berpaling dari ingatan kepada zat Allah swt dan mencintai Allah swt.Puasa sebegini lah yang akan menghasilkan taqwa.Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanji syurga, diberi hidayah dan keampunan serta nusrah Allah swt didunia lagi.Kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.
Berusahalah dan berdoalah agar Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.