Aku seperti orang lain di musim raya, sibuk membawa anak anak berkunjung sanak saudara beraya. Kereta Proton lama aku masih gagah untuk meneruskan khidmatnya.Anda bayangkanlah, kereta proton aku boleh memuatkan seramai lima orang dewasa dan enam orang kanak kanak.Di susun dengan sistematik dan bersendat macam sardin, akhirnya muat juga..
ANAK ADALAH HARTA. SEPERTI TANAH |
Kenapa orang agama ada banyak anak? Tak tahukah mereka faedah ' merancang?.Kan susah membela dan kemudian mendidik dan memberi peluang yang terbaik untuk mereka? Ini semua jika kita andaikan ,mereka berpendapatan rendah, tapi bagaimana pula pendirian mereka yang berpendapatan yang duit simpanan nya saja, mati dan hidup kembali, tak habis makan tapi masih mempunyai dua atau tiga orang saja tanpa sebarang alasan.?
Aku dipanggil oleh puan doktor ketika isteri ku akan dibedah untuk kelahiranbaru baru ini. Puan doktor nya ,orang melayu dan bertudung. Di malaysia, bertudung di kaitkan dengan kuat lah sikit pegangan agamanya manakala yang menzahirkan rambut dan kepala di pandang sebagai seorang wanita yang sama ada jahil dalam mendapat asuhan agama oleh emak bapa atau telah ter'bius' oleh falasafah barat.Pertemuan yang diluar jangkaan aku itu sungguh mengeciwakan aku. Puan doktor itu bukan memanggil aku untuk mendapat keizinan pembedahan tetapi sebaliknya mendesak akusupaya memberi mereka keizinan untuk melakukan ' ikat' peranakan. Aku memberi jawapan dengan tegas. " TIDAK ".Jawapan ini telah memberangkan hatinya. Dengan nada marah serta mendesak dia berkata, " Jadi kamu hendak anak lagi ke?". Darah aku melambung kepuncaknya tapi tidak terzahir diwajahku. Aku menjawab " Puan tanya saya tentang kerja Allah, saya tak tahu." Allah lah yang memberi zuriat, saya hanya menerima." Dia bertambah berang lalu berkata, ' terserah lah pada encik.' , lalu mehempas fail di atas meja lalu berlalu. Saya diam, tak kuasa nak melayan.Aku bertawakkal pada Allah saja.Seorang doktor muda, aku kira doktor pelatih, datang memujuk aku.Dia berkata," Sabar,Encik. encik ada hak dalam perkara ini. Tadi, kesemua doktor yang merawat isteri encik bercadang agar isteri encik di beri 30 minit lagi untuk ' labour',tapi doktor itu suruh di lakukan pembedahan segera." Sekarang baru aku tahu jawapan bagi persoalan tentang kenapa dalam masa 7 hari saja ,lebih 30 orang ibu ibu terbaring bersusun dalam wad akibat bersalin secara 'pembedahan'.Ini gara gara,puan doktor yang ' kemaruk' 'operation'.
Apa hukum asal 'perancang keluarga' ?. Di maksudkan ' perancang keluarga' ialah mempergunakan obat untuk mencegah kehamilan'. Disini hukum bolih di bahagikan pada dua sudut. Pertama : Dibatalkan kemungkinan untuk kebolehan berhamil sama sekali yakni tidak akan boleh hamil sampai bila bila atau dalam perkataan lain, memandulkan.
Kedua: Perbuatan menghalang kelahiran anak daripada berlaku atau menghadkan bilangan anak secara mutlak.
Hukumnya kedua duanya adalah HARAM dalam keadaan ikhtiari. bukan dalam keadaan dlarurat.
Qaidah dlarurat ialah " Dlarurat dlarurat itu membolehkan segala yang dilarangkan.
Hukum MAKRUH pergunakan obat,hanya sekadar mencegah jangan terlalu produktif atau agak melambatkan terjadi kehamilan. .
Dan hukum HARUS merancang dan menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagian dengan cara selain dari yang tersebut diatas.
{ Sila rujuk pada keputusan Muzakarah Jawatan Fatwa Kebangsaan pada tahun 1991.Dan rujuk Kitab I'anatutthalibin,juz II.halaman 256 dan juz IV,halaman 130,bab Jinayat.Dan pada kiatb Nihayatul Muhtaj,juz VIII,halaman 418 pada kitabul Ummahatil Aulad. }
Aku berhentikan kereta, lalu memuatkannya di ruang parkir sebelah restoran Mc Donald. dan KFC. Aku duduk sejenak didalam kereta lalu melontar pandangan aku kearah talian arus ibubapa berserta anak anak mereka,berpusu pusu masuk ke ruang dalam restoran.Semua bergembira ria maklumlah masih dalam suasana raya.Setengah ibu ibu keluar berpakaian fesyen yang tidak menepati syara'.Bertudung tapi berseluar jean ketat. Bertudung tapi berbaju T berlengan pendek.Muka tebal bermake up.Ada ibu dan anak gadis berkilaf. Ibu penuh sopan berpakaian manakala anak gadis mendedah sededahnya aurat. Sang ibu dan bapa boleh redha dan bersahaja.Sang bapa muda membuntut seperti amah Indon, dibelakang sang isteri yang nampak ' dominan'.Anak anak berimej moden.Anak anak moden. Anak anak yang berselera KFC dan Mc Donald. Anak anak yang sudah lama meninggalkan sambal belacan. Pedah dan busuk, kata mereka. Minah minah kilang dari kampong pun, tidak ketinggalan.Berseluar dan berfesyen dengan blue berry tidak renggang dari telinga lagak seorang artis.
Mereka semua rasa begitu teruja.
Rasa moden.
Rasa begitu terbijak dan terkini
.Rasa hebat.
Rasa berjaya.
Rasa amerikan.
Rasa serba tahu.
Kami lah anak alaf baru.
Kamilah anak KFC dan Mc Donald.
Kami bukan anak anak nasi lemak.........
Pakcik, ini zaman IT. zaman tanpa sempadan....
Begitu lah dulu aku pernah berbangga pada generasi tua ...
Pakcik , ini zaman Apollo.Zaman orang naik ke bulan lah....
Mungkin masa bapa aku dulu, mereka berkata..
Pakcik, ini zaman merdekalah...zaman baru...
Memang tidak salah.......
Melayu telah merdeka....merdeka ! merdeka !....
Ya ini zaman merdeka...zaman masuk kezaman kejahilan total.
Zaman yang meninggalkan zaman keunggulan.
Meninggalkan zaman kehebatan sunnah dan islam.
Zaman jahiliah moden.
MERDEKA! MERDEKA!
Lahirlah anak anak Mc Donald dan KFC.
Anak anak berjiwa seperti ayam suntik.
Anak anak yang menanti untuk di sembelih.