INI ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG BERSIFAT PENYAYANG DAN PEMURAH TERHADAP UMAT ISLAM MASA KINI..
y | ||||
MASJID BANGLAWALI, BASTI NIZAMUDDIN |
Jika anda ke sini, anda akan dapati hampir kesemua orang islam dari seluruh perusuk dunia sedang bangkit dan menyumbang tenaga untuk usaha dakwah ini.Dari negara negara Arab, Turki, negara Balkan, China , Mongolia,kepulauan Indies, America, seluruh Eropah dan seluruh kepulauan nusantara, semuanya bergelut, berlumba memberi masa yang panjang untuk kerja dakwah ini.. Hidayat Allah sudah mula bercucuran.Alangkah malang bagi setengah manusia yang masih lena di ulit mimpi kepalsuan barat, semata mata diatas nama kemodenan..Ayoh, jangan dibiarkan diri dalam kerugian lalu dimamah oleh beraneka ragam kepalsuan gaya hidup sekular yang dihasilkan oleh penjajahan Amerika dan sekutunya Sila berkunjung ke basti Nizamuddin,, anda akan mengenali apa itu 'sunnah ' dan ' dakwah '
BAZZAR DIHADAPAN MARKAZ. |
Diceritakan melalui lisan yang aku pernah dengar, bahawa ,tapak banglawali masjid ini, asalnya hutan kecil di pinggir kota new Delhi pada tahun awal penjajahan British di India.Ia dimiliki oleh seorang kerabat raja moghul yang dikenali dengan panggilan ' Nawab' [ Nawab adalah raja untuk raja islam. Di zaman itu, ' raja' adalah panggilan bagi kerabat raja raja hindu ] Nawab ini ketika itu sedang didakwa oleh mahkamah British dengan taruhan nyawa dan hartanya.Waktu itu adalah waktu susah bagi bekas bekas pembesar Islam.Orang Hindu menggunakan fitnah dan hasutan pada kerajaan British terhadap orang Islam. Allah gerakkan rencananya dengan penuh kebijaksanaan..Pada waktu yang sama, terdapat seorang alim sufi yang warak,dari keturunan Syaidina Abu Bakar bernama Mualana Ismail, di Saharanpur.Nama beliau sedang masyhur sebagai alim dan wali yang menyebabkan, orang mula meminta hajat yang berbagai bagai kepadanya.Keadaan ini telah menganggui jiwa dan hati beliau.Maka beliau pun menyembunyikan diri di sebuah hutan di New Delhi.
Pada suatu hari,Nawab pergi memburu di sekitar hutan miliknya.Dalam pemburuan beliau itu, beliau terkejut apabila menjumpai sebuah bangsal buruk dan seorang berjanggut dalam hutannya.Dengan sikap besar diri sebagai pemilik tanah, si Nawab telah memanggil si janggut itu padanya.Dengan sikap merendah diri, sijanggut meminta maaf kerana mendiami tanah si Nawab dan lantas meminta izin untuk tinggal di situ.Akhirnya si janggut itu pun di benarkan mendiami tempat tersebut dengan syarat si janggut itu bersedia menjadi ' gulam ' atau budak suruhan menjaga hutan itu. Syarat ini di terima.Tanpa disedari oleh Si Nawab bahawa Si janggut itu adalah si alim Maulana Ismail.
Diwaktu yang tidak lama kemudian, SiNawab di kehendaki naiki mahkamah untuk di dakwa di atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan British.Jika sabit kesalahan ini,beliau akan di hukum mati dan hartanya dirampas.SiNawab berada dalam kerisauan dan kegelisaan.
TEMPAT TEKSI,TOOTUT DAN RICKSHAW: SIAP UNTUK KEMANA SAJA. |
PANDANGAN KEDAI KEDAI DI TEPI MASJID |
SiNawab pun pada tarikh yang ditetapkan, naiklah ke mahkamah untuk di bicarakan.Setelah pembicaraan selesai, siNawab bergesa mencari Maulana Ismail lalu memberi khabar gembira,
" Maulana, Allah telah kabulkan pemintaan kita. Sekarang nyawa saya telah selamat.tapi harta saya dirampas." Maulana Ismail kemudiannya mencadangkan supaya membuat rayuan lagi,dan si Nawab melakukan seperti diusulkan..Seperti sebelumnya,si Nawab bersolat bersama Maulana Ismail tetapi kali ini siNawab sendiri berdoa dan maulana mengaminkan.Akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada si Nawab.Nyawa dan harta di kembalikan pada nya dan kerajaan British sendiri memberi jaminan pelindungan pada si Nawab dan keluarganya,malah memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berani buat fitnah akan di hukum.
SiNawab berkata " Maulana sab, dulu nyawa dan harta saya telah hampir hilang, kini semuanya telah saya miliki kembali.Maka saya dah buat keputusan untuk mewakafkan nyawa dan harta saya untuk Maulana." Maka dari sejak hari itu siNawab berkhimat dan berguru dengan Maulana Ismail hingga akhir hayatnya. Aku berpeluang menziarahi kedua dua kubur mereka serta berdoa untuk kebahagia mereka disana. Al _Fatihah.
Ringkasnya, dari anak Maulana Ismail ini lah lahirnya Maulana Elyas rah, ishan yang di pilih oleh Allah swt untuk hidupkan kembali kerja kerja dakwah illa Allah.