2011.bermula ...detik detik jarum minit bergerak. tik .! tik! ..tik! semua kepala mendungak keatas .termanggu..seolah ada satu debaran yang di nantikan....kiraan
masa yang beredar mengikut kiraan peredaran matahari......
Pesta bunga api-acara tahunan |
Maka ramai lah penghuni kota berpusu pusu ke Dataran Merdeka. Tidak mahu ketinggalan juga penghuni desa , bertekad sungguh untuk berada di tempat yang sama pada detik yang sama Tujuan hanya satu. untuk berseronok dan bersorak sambil menyanyi serta berpesta dengan gelak tawa..malam ini malam bahagia. Hari esok ada lah hari yang menjanjikan seribu harapan. Ayuh kita sorak. Sorakan yang serentak seluruh tempat di seluruh dunia. Kita hebat. kita maju. Pak Menteri tersenyum puas. Negara tercinta bertaraf Dunia. Puas hanya untuk di terima sebagai sebuah negara yang tidak ketinggalan dalam arus kemajuaan. Satu Malaysia.!
Sedar kah kita apa yang PM dan kuasawan kita telah buat?
Mengabiskan harta rakyak. Itu yang kuasawan kita buat.
Sang penoreh getah tidak tahu apa erti cuti tahun baru.Yang ada cuti tidak menoreh ketika
musim hujan. Hari esok ? - bergantung penuh pada nasib.Kalau banyak peperangan berlaku, maka ada untung harga getah naik. Adakah kuasawan membantu ? .Ada ,tapi hanya sebagai ''pentas wayang ' politik saja.
Sang Pesawah padi berpesta ketika musim menuai dan bercuti sebentar menunggu pusingan bajakan yang berikutnya.
Pengusaha dusan durian tidak akan berpesta di musim durian.Mereka berpondok di dusun yang hanya ada kegelapan dan nyiang bunyi nyamuk.Harapan hari esok hanya berharap durian tidak jatuh harga.
Sang nelayan berpesta sakan ditengah laut bersama embun dingin dan hari esok hanya mampu berdoa agar tiada berlaku tsunami lagi.
Jadi untuk apa diadakan pesta tahunan dengan berbelanja banyak?
Hanya untuk memuaskan nafsu serakah binatang muda mudi bangsa.
mereka harapan masa depan.bentuk cita citanya. |
Pernah kah anda terasa malu pada diri sendiri kerana membiarkan diri di perbodohkan oleh permainan kaum dunia barat.Walhal anda sudah sangat menyimpang jauh dari landasan hidup yang berpayungkan pimpinan Al-Quran dan sunnah ? Saya yakin anda sayang pada kehidupan akhirat anda ,pasal itu lah anda mengekalkan nama islam anda.Tapi kenapa anda membiarkan nafsu menguasai akal?
Sudah pergi ke mana nasihat bapa dan ibu. anda dan kemana sudah anda humban tuhan ALLAH anda ? Marah sekali anda pada paderi kerana ingin memanggil lord mereka Allah.tapi waktu sama anda melupai dan melukai Nya.
Amati lah luah penyair ini....
"kita memilih kepandaian
dalam kebodohan
maka minda kita penuh dengan
kedunguan , kebebalan , dan kejumudan
menghakis kepandaian,
puisi " Bodoh dan Pandai " -( Poul Nanggang )
Begitu dan begini lah bangsa kita.Ada yang bodoh tetapi mengaku pandai.Memang lah kebodohan itu mengaibkan .Manakala yang cerdik dipuji-puji. "Pandai itu tidak dalam semua aspek dan bodoh tak selama nya bodoh".Akan tetapi lazim nya ," banyak yang bodoh mengakui pandai dan jarang yang terasa pandai ingin mengakui bodoh." Maka ayuh sahabat..sama-sama kita mengikis saki baki kebodohan yang masih ada .kita berusaha menjadi pandai.Tapi jangan pula memandai mandai. "Kebodohan " bukan lah perkara yang patut dirasa "memalukan diri " sekiranya kita berani mengakui diri kita sememangnya bodoh. Apa yang menjadi diri kita bodoh adalah kerana kita membiarkan orang lain memperbodohkan kita.Si dungu datang memberitahu kita belacan tak sedap dan busuk, kita terus lempar nya ke tanah dan mula memuja keju.Bila dia terkentut dan kata " good" kita pun ngangguk walaupun tak tertahan bau yang bagai mayat reput.
Jangan teruskan membiarkan orang membodohkan kita.
Jika tuan pergi ke Deli ,
Laluan sukar jangan mengalah,
Jika lah tuan sayangkan diri,
Langkah lah kaki di jalan Allah.
Hasrat dan cita-cita ,adakah dia.sama dengan leluhur kita.yang arif billah ?.......
Jom.! aku bawa anda pada contoh sebenar. Lihat lah bagaimana keinginan dan kesukaan mereka yang berada di jalan pertunjuk...... Dalam kitab Al Munabbihat,Hafiz Ibnu Hajar rah,a, menulis :
" Satu ketika Rasullullah saw bersabda; Tiga perkara yang sangat saya cintai didunia ini, [1].- wewangian [2] -.wanita [3]- solat sebagai penyejuk mata ku
**{ disini ,perlu aku memberi sedikit penjelasan tentang nombor (2.) --wanita. Wanita di sini bukan bererti Nabi suka sex seperti tuduhan si fasik dan kafir , tapi Nabi ingin mengikis perasaan jahiliah yang masih bersarang dalam dada dada orang diawal islam bahawa kaum wanita adalah golongan yang mendatangkan kehinaan dan kerendahan. }
Kemudian lantas Saidina Abu Bakar menyahut " Engkau benar, saya juga menyukai 3 perkara. [1]-memandang wajahmu,ya Rasulullah. [ 2].- mengobankan harta saya demi engkau,.[3].- menikahkan putriku dengan mu.
Umar ra berkata "Benar.dan saya juga suka 3 perkara. [1-].memerintahkan kepada kebaikan [2].- mencegah kemungkaran.[3]-. memakai pakaian yang telah usang.
Usman ra berkata "Benar , dan saya menyukai 3 perkara juga.[1]-. memberi makan orang yang lapar [ 2]-.memberi pakaian orang yang telanjang. [3].- membaca Al-Quran.
Saidina Ali ra berkata " benar, dan saya menyukai 3 perkara. [1.]-- melayani tetamu. [2] .berpuasa di musim panas [3]-.memancung kepala musuh Allah dengan pedang." Setelah mereka semua berkata , muncul Jibbril as. lalu berkata." Allah swt telah mengutusku untuk menceritakan tentang kesukaan ku seandainya aku seorang manusia." Nabi bersabda " Katakanlah.Maka Jibril berkata "Aku menyukai 3 perkara.[1]-menunjukkan jalan orang yang sesat[ 2.]- mencintai ahli ibadat yang miskin .[3]-. membantu kerabat handai yang miskin."Dan Allah menyukai 3 perkara dari hamba-hamba nya.[1],- orang yang berkorban di jalan Allah. [2]- orang yang menanggis setelah melakukan dosa [.3].- orang yang bersabar dengan kemiskinan. "Nah.. Renungi lah cita -cita mereka dan bandingkan dengan cita-cita anda..Adakah secubit cita -cita kita bersamaan dengan mereka ? Atau anda sudah lama tidak berselera demikian.Adakah anda menyara makan orang tua tua miskin di tempat anda seperti Saidina Usman yang kaya raya itu ? Atau wang anda dah habis mengisi keperluan anda yang besar dan sudah tidak berupaya untuk membantu orang lain ? Adakah anda membantu saudara anda ketika saudara islam anda di duga dengan banjir besar bulan lalu. di Kedah?
Atau anda hanya sibuk berpolitik ,merancang dan berbincang tentang masa depan bangsa melayu ?. Sekurang-kurangnya anda sampai di sana berkereta penuh dengan makanan semampu anda.Di Aceh, ada orang yang marah pada paderi-paderi kristian kerana mengambil anak islam dan memilihara mereka sebagai anak angkat, walhal di pihak anda. anda ber diam diri , bersembunyi di rumah sambil memanaskan tubuh isteri anda yang manja dan gebu itu.
2011...Anda terus bersorak ria,......
dan hasrat serta cita-cita hanyut jadi angan-angan..
kesetian
aku tidak akan memohon maaf
kerana tidak setia kepada perasaanmu,
kepada rancangan politik
atau kepada mimpimu,
ini bukan meja perancang kuasa.
tapi balai didik
di mana bijaksana menjadi ketua
di mana bangsa bernaung.
aku menolakmu
yang menolak unggul,
aku menolakmu
yang menolak manusia lain.
aku menolakmu, batu kering
di kampung tamadun.
kajang-muhammad haji salleh.
Aku dah tak larat berbicara.Lebih lama aku rasa begitu berat untuk di pikul.Anda tolonglah aku. Bangkitlah bersama satu hasrat dan cita-cita...Untuk ku , untuk mu ,untuk anak cucu kau dan aku.Hentikan khayalan mu.Sedarlah mendalam ke dalam lubuk jantung hati mu.Allah menunggu mu
.Cita-cita mu ada di sana
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.